Welcome

"Selamat Datang & Terima Kasih mengunjungi Blog Ibu aatif". Berkongsi tentang penyusuan susu ibu, kesihatan, kecantikan dengan supplement semulajadi
SHAKLEE.Semoga memberi banyak manfaat kepada semua.

Shaklee Independent Distributor di Bukit Beruang, Ayer Keroh,Durian Tunggal & Melaka, penghantaran pos seluruh Malaysia
// Musliha Yusoff // Id 866752 // 0136334183//musliha_aatif_shaiful@yahoo.com//


20/07/2013

RESEPI SEMASA DALAM PANTANG

Assalamualaikum..petang ni saya nak berkongsi resepi yang boleh dijadikan panduan sebagai hidangan untuk kaum kaum ibu yang sedang berpantang atau bakal berpantang nanti.

Hidangan berasaskan ikan ~ 

antara ikan ialah ikan selar, tenggiri, bawal putih & ikan yang tidak gatal boleh direbus dan dicampur hirisan kunyit muda, halia muda dan lada hitam.

ikan juga boleh dibakar dengan digaul bersama lada hitam yang dikisar dan garam serta dibungkus daun pisang agar berbau wangi.

ikan juga boleh dikukus bersama campuran halia, kunyit dan asam keping.

ikan bilis juga enak dimakan bersama nasi panas.ikan bilis yang dibersihkan digoreng tanpa minyak (disangai) begitu juga dgn lada hitam digoreng tanpa minyak. Kemudian kedua dus bshsn dikisar halus dan disimpan dalam botol.

Hidangan berasaskan ayam :

Bagi hidangan sup ayam ia perli dimasak tanpa minyak, dicampur dengan halia dan lada hitam dengan air yang tidak terlalu banyak.

★ perlu diingatkan hidangan berasaskan ayam tidak sesuai bagi individu yang menjalani pembedahan.

Hidangan berasaskan sayur:

Sawi boleh dimasak menggunakan kaedah menumid bersama 2 sudu minyak bijan, bawang putih yang diracik halus dan sedikit air tambah sedikit kicap dan garam.

Semoga resepi ini boleh menjadi rujukan ibu ibu semua
Selamat berpantang & menyusukan bayi ^_^

Wth ♥
Ibu_aatif

No comments:

Post a Comment