Welcome

"Selamat Datang & Terima Kasih mengunjungi Blog Ibu aatif". Berkongsi tentang penyusuan susu ibu, kesihatan, kecantikan dengan supplement semulajadi
SHAKLEE.Semoga memberi banyak manfaat kepada semua.

Shaklee Independent Distributor di Bukit Beruang, Ayer Keroh,Durian Tunggal & Melaka, penghantaran pos seluruh Malaysia
// Musliha Yusoff // Id 866752 // 0136334183//musliha_aatif_shaiful@yahoo.com//


30/08/2014

3 punca utama MELEKAT dengan ESP SHAKLEE


Susunan ESP - Yang saya grabb semasa promo buy 6 free 1 -mmg untung

ESP shaklee -satu satunya supplemen yang paling lama bersahabat baik dengan saya, ESP shaklee yang saya dah konsistent minum selama 3 tahun lebih. Saya mula ambil dari menyusukan anak pertama saya yang kini hampir 4 tahun umurnya.Kemudian saya minum sehingga saya mengandung ank ke dua, berpantang, dan kembali menyusu anak ke dua yang dh berumur 10 bulan sekarang.lama kannn??
Sebab apa LAMA? sebab sayang nak tinggalkan, sebab dh rasa kebaikkannya iaitu

3 PUNCA UTAMA SAYA MELEKAT BAGAI GAM DENGAN ESP SHAKLEE
ESP SHAKLEE
ESP SHAKLEE
ESP SHAKLEE

jomm tengok apa yang telah buatkan saya melekat dengan ESP SHAKLEE setelah sekian lamanyaπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

1.ESP membantu proses penyusuan susu ibu - bagaimana? ESP shaklee mengekalkan tenaga berpanjangan bagi ibu menyusu seperti saya. Alhamdulillah kurang rasa letihnya, walaupun setiap malam perlu mencelikkan mata untuk menyusukan anak dan dapat bangun mengepam susu setiap pagi.ESP SHAKLEE juga mengelakkan saya dari alami sakit sakit badan, lenguh, sakit pinggang.paham paham je lah ye bila dh bangun malam tak sedar dah apa posisi menyusunya hahahhaa..mmg confirm salah posisi..kihkih.ini hasilnya yang membantu saya


2.ESP SHAKLEE membantu masalah tumit merekah.ini antara kesan yang sedar tak sedar ^_^.boleh tersedar bila tengok tumit kaki.wahh dah tiada kerekahan lagi, dah tak melekat di selimut gebu lagi kihkih. Nampak tak tU..kesannya secara tak lansung bila saya mengamalkan ESP SHAKLEE tu.Alhamdulillah.

3.membantu masalah ketiak berkarat πŸ˜‚πŸ˜‚
Antara penyebab nya ialah sejak dulu zaman muda remaja selalu letak bedak talkum di ketiak, nak bagi wangi lah supaya tak busuk berbau bila berpeluh tapi kesannya haii lah mmg hitam berbanding bahgian kulit lain.sekarang tadaaaa dah kembali cerah
Gambar takde sebab tak boleh nak lah nk tunjuk sini.tunjuk untuk suami je ^_^.

Itu lah antara kesan kesan utama atau trending sekarang #shakleeeffects.sebenarnya kalau nak diceritakan memang banyak.lebih dari tiga terutama bab bab kecantikkan wanita seperti:

Minum ESP SHAKLEE rambut saya kurang gugur
Minum ESP SHAKLEE kuku saya cantikk
Ini semua pengalaman
Bukan overclaimed ye sayang sayang semua
Yang penting
DISIPLIN -konsistent mengamalkan, kita berusaha sebaikbaiknya dan rezeki selebihnya Allah tentukan.InshaAllah.

Ada pengalaman seperti saya? Mahu sembang2
Mahu tahu lebih lanjut?
Jangan malu jangan segan 
Hubungi saya

Musliha 0136334183
Sms.coll.wassap.line.wechat.viber

Instag:muslihaatif
Fb:muslihayusoff

Saya yang suka jatuh cinta dengan ESP SHAKLEE

Dengan cinta,
Ibu awa_aatif

10/06/2014


CINTA PERTAMA DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur Ya Allah masih mampu menitipkan kata kata / tulisan dari hati dalam lembaran blog ini.

Tengok tajuk..tengok tajuk hehehe..tajuk macam formal je kan..tapi daku nak bercerita ni dalam mood santai santai je.jadi yang membaca pun sila lah bersantai ;) 

yang PERTAMA, kenal shaklee dah lama; dalam penghujung tahun 2011.Bermula dengan set penyusuan trial yang kecik molek comel iaitu:

Alfalfa
B complex
Vita c
Vita lea

Bila rasa dah sedap je makan, mula lah menambah nambah ambik, hehehe ambik? beli lah tak dapat free masa tu,sekarang je kalau ada beli BUY 6 FREE 1..

ESP 
Full pack set Menyusu

Tokey yang menjual pula dekat dengan rumah, kita berdekatan masa tu dengan Mama G, orang yang menjadi SID saya pada ketika itu hingga saya pun menjebakkan diri menjadi Shaklee Independent Distributor.

Kisah berjumpa dengan Mama G yang kecik molek pun masih tersimpan dalam ingatan; semangat 2 @ 3 kali naik bear hill sebab mencari rumah cik puan penjual hingga hampir waktu berbuka puasa sangat sangat lah.Lastly cakap

" kak, saya datang selepas berbuka ye"


Memang fokus masa tu menjayakan penyusuan anak sulung saya muammar aatif hingga 2tahun.Alhamdulillah saya memang tersenyum sampai telinga dapat menyusukan aatif sepenuhnya tanpa formula..Rezeki dari Allah, kita sebagai ibu boleh berusaha sebaik mungkin.

Menjadi ahli pun semasa itu hanya untuk makan sendiri je, tolong belikan untuk  kawan kawan yang berminat ^_^.Hinggalah saya agak serius untuk memulakan langkah bijak berbisnes pada jun 2012. Sebelum itu tak berapa nak pandai hahahaha..Peluang tu ada tapi tak nampak.Push factor ada tapi tak berani untuk push diri sendiri untuk keluar dari zon SELESA!!

Alhamdulillah, sekarang pun masih lagi ^_^

PENGGUNA TEGAR
SID TEGAR

juga

MASIH

MENYUSUKAN anak ke DUA dengan 

nutrisi penyusuan SHAKLEE



Dengan Cinta
Ibu aatif_awatif
0136334183



20/07/2013

RESEPI SEMASA DALAM PANTANG

Assalamualaikum..petang ni saya nak berkongsi resepi yang boleh dijadikan panduan sebagai hidangan untuk kaum kaum ibu yang sedang berpantang atau bakal berpantang nanti.

Hidangan berasaskan ikan ~ 

antara ikan ialah ikan selar, tenggiri, bawal putih & ikan yang tidak gatal boleh direbus dan dicampur hirisan kunyit muda, halia muda dan lada hitam.

ikan juga boleh dibakar dengan digaul bersama lada hitam yang dikisar dan garam serta dibungkus daun pisang agar berbau wangi.

ikan juga boleh dikukus bersama campuran halia, kunyit dan asam keping.

ikan bilis juga enak dimakan bersama nasi panas.ikan bilis yang dibersihkan digoreng tanpa minyak (disangai) begitu juga dgn lada hitam digoreng tanpa minyak. Kemudian kedua dus bshsn dikisar halus dan disimpan dalam botol.

Hidangan berasaskan ayam :

Bagi hidangan sup ayam ia perli dimasak tanpa minyak, dicampur dengan halia dan lada hitam dengan air yang tidak terlalu banyak.

★ perlu diingatkan hidangan berasaskan ayam tidak sesuai bagi individu yang menjalani pembedahan.

Hidangan berasaskan sayur:

Sawi boleh dimasak menggunakan kaedah menumid bersama 2 sudu minyak bijan, bawang putih yang diracik halus dan sedikit air tambah sedikit kicap dan garam.

Semoga resepi ini boleh menjadi rujukan ibu ibu semua
Selamat berpantang & menyusukan bayi ^_^

Wth ♥
Ibu_aatif

23/02/2013

Kecantikkan rambut

Petua Penjagaan Rambut
☆★☆★☆★☆★☆

Pernah kah kita membelek belek rambut kita dengan teliti? Ada yang kerinting, pecah, bercabang, berkelemumur dan kering.walaupun kita sebagai wanita muslim wajib bertudung tapi bukan beerti dengan bertudung rambut diabaikan ye.hari ini saya nak sharing 6 petua atau rawatan yang boleh dilakukan seminggu sekali untuk elakkan masalah rambut bercabang, berkelemumur & kering.

1.santan luruskan rambut : parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan 1 gelas air suam.camurkan santan dengan perahan limau nipis kemudian simpan dalam peti sejuk.gunakan santan ini sebagai krim rambut.sapukan pada rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih.cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

2.Dadih lembutkan rambut: masukkan 2 sudu besar susu tepung dalam cawan.bancuh dengan air suam kira kira 60 darjah celcius.perahkan air limau nipis, kacau dan simpan dalam peti sejuk selama 6 jam.apabila pekat boleh dilumur pada rambut.biarkan selama 1jam dan bilas.rambut akan semakin lembut dan mudah dilurus.

3.Daun bunga raya elak rambut gugur ~ ambil beberapa helai daun bunga raya & lidah buaya.basuh sehingga bersih dan kisar.kemudian perap ramuan di atas kepala selama sejam.lakukan 2 kali seminggu dan rambut akn lebat, hitam dan berkilat secara semula jadi.

4.Elak mengikat rambut: rendam kacang hijau semalaman.tapis dan guna airnya untuk disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.di samping itu usah mengikat rambut dengan getah bagi mengelak rambut gugur.

5. Rambut bersinar dengan telur.asingkan putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapu pada rambut biarkan 15 hingga 25 minit.seterusnya bilas rambut menggunakan air bersih.amalkan sekurang kurangnya 2 minggu sekali.rambut anda akan lebih bersinar.

6.Limau nipis atasi rambut kering~ untuk mengatasi masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak, lumurkan limau nipis pada rambut kemudian biarkan selama 25 hingga 35 minit dan bilas menggunakan air bersih.

~selamat mencuba~

With ♥ ,
Ibu_aatif

22/02/2013

WEAN OFF



IBU READY !! AATIF BELUM ^_^
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Weaning off ibu bila bila masa je dah ready..chewahh padahal kalau aatif mengamuk "nak nenen ibu nak nenen" ku hulurkan juga cik 'b' pada aatif..kikiki itu lah ubat penenang aatif dr umur 1 har.kalau hingga sekarang dah 2 tahun 3 bulan +++ okehh..kadang ibu cuba mengelak dengan ayat seperti ini:

Ibu: aatif malu lah tgk orang nampak tu..msa tu sliding door buka luas
Aatif: bgun berlari ke sliding door " banggg" macam nk pecah dia tutup siap langsir sekali dia tutup
Ibu:??? Kalau nak seribu daya =p..aatif aatif

Kita selalu nampak cabaran yang besar semasa nk breastfeed anak lagi lah ibu bekerja, nak pumping, nak siapkan stok & nak kumpul stok dalam freezeer, bila outstation mencari masa untuk pumping & macam macam lah..semua tu dah berlalu.SEKARANG ni cabaran yang besar juga ialah Weaning off atau berceraii susu huargh huargh..kena banyak bersabar !! Bertolak ansur + perlukan dorongan en.papa kalau tidak ohhh stress juga.antara yang ibu cuba lakukan:

1.Bagitahu aatif ~aatif sebenarnya boleh faham apa yang ibu bagitahu..contohnya: "nenen sakit lah aatif" kadang kadang faham ^_^ kadang kadang buat tak faham hehe sbb dia tahu ibu mengelak.dah bersama ubat penenang dalam masa 2 tahun memang ambik masa..ibu faham sayang hehe.

2.perlahan-lahan, step by step~ada masanya aatif memang tak bf lansung di masa siang.atau 1 kali je dia bf.malam memang aktiviti wajib sebelum tido.itu pun ibu akan tnya dulu "aatif nak susu?"~ susu tu refer kepada fresh milk dutch lady.kalau dia jawab nak susu..ibu cepat cepat turun katil ambik susu dan bagi aatif.fuhh selamat kejap ibu.kadang kadang habis 5 oz fresh milk..sambung di cik 'b' pulakk.perlahan ibu kurangkan masa bf aatif dengan ibu

3.sippy cup ~ kalau di rumah babysitter memang aatif minum dalam sippy cup je sekarang ni.cuma di rumah if ibu ada memang dia mintak untuk bf.anak dah besar dah pandai cakap dan dah pandai memilih.hujung bulan ni ibu akan beli sippy cup yang cantik sama macam kt rumah bby sitter & letak kat rumah kite ya anakku aatif.

4.bersabar, jangan stress~ memang perlukan kesabaran.ada masanya ibu ni tak sabar juga biasa lah kadang kadang tu letih juga bila anak dah besar tapi masih bergayut di kita.ada masanya ibu buat tak tahu je bila aatif mintak atau ibu lekakan dia dengan mainan.

**setakat ini belum pernah letak asam jawa ke apa2 petua lagi..hehe satu je pernah cuba: tampalkan tape pada cik 'b' & warnakan dengan marker merah pada tape tu.agak berjaya tapi ibu tak sampai hati nak buat.macam aatif rasa tertekan pulak.ibu cuba tips di atas je In sha Allah semoga ibu terus sucess juga semoga kawan2 semua success!!