Welcome

"Selamat Datang & Terima Kasih mengunjungi Blog Ibu aatif". Berkongsi tentang penyusuan susu ibu, kesihatan, kecantikan dengan supplement semulajadi
SHAKLEE.Semoga memberi banyak manfaat kepada semua.

Shaklee Independent Distributor di Bukit Beruang, Ayer Keroh,Durian Tunggal & Melaka, penghantaran pos seluruh Malaysia
// Musliha Yusoff // Id 866752 // 0136334183//musliha_aatif_shaiful@yahoo.com//


11/01/2013

DERITA RADANG SENDI
---------------------------------


Osteoarthritis (OA)  atau keradangan sendi sering dianggap penyakit orang tua. OA memang tidak popular seperti penyakit osteoporosis atau tulang reput, namun ia adalah salah satu jenis dari keluarga besar penyakit  ARTHRITIS yang paling sering terjadi.

OA merupakan penyakit nombor dua selepas penyakit jantung.Walaupun tidak menimbulkan kematian, tetapi ia boleh menggangu penderita dan meyebabkan gangguan dalam produktiviti kerana menyebabkan sendi berasa ngilu, kaku dan bengkak sehingga sering kali menyebbakan gerak sendi terbatas. Bahagian yang paling kerap mengalami rasa sakit ialah pinggul, lutut, pergelangan kaki dan tangan.

FAKTA
-------------

22 % ORANG DEWASA MENGHIDAP OA

50 % PENGHIDAP ARTRITIS BERUSIA 65 TAHUN KEATAS

50 JUTA PENDUDUK DUNIA MENDERITA PELBAGAI ARTRITIS

23.8 % PENGHIDAP OA WANITA (MALAYSIA) 

17.8 % PENGHIDAP OA LELAKI (MALAYSIA)



PUNCA OA
-----------------
1.PENUAAN
2.OA berlaku apabila tulang rawan  (tisu bergetah yang bertindak sebagi kusyen atau membenarkan tulang bergerak antara satu sama lain) mengalami kehausan ia menjadi punca rasa sakit bengkak, dan ketegangan pada bahagian berkenaan.



GEJALA OA
-----------------
1. Gejala muncul dalam usia pertengahan.Sebelum usia 55 tahun OA berlaku kepada wanita dan lelaki, ia adalah biasa dikalangan wanita.
2.Bagaimanapun selepas usia 55 tahun, ia adalah lebih biasa dalam kalangan wanita.


FAKTOR RISIKO
------------------------

1.BERAT BADAN BERLEBIHAN, menyebabkan sendi bekerja lebih kuat dan mempercepatkan kehausan rawan

2.faktor lain: ialah pernah mengalami trauma seperti kecederaan kepada rawan dan ligamen dalam sendi

3.BENTUK PEKERJAAN: yang banyak menggunakan lutut
 ( seperti mencangkung lebih daripada 1 jam sehari, pekerjaan yang banyak membabitkan kerja mengangkat, mendaki tangga atau banyak berjalan)

4.Gangguan Pendarahan, yang menyebabkan pendaharan di dalam sendi seperti hemofilia

5.Gangguan yang menyekat bekalan darah berhampiran 'nekrosis avascular' sendi dan membawa kepada lain lain artritis seperti gout kronik, pseudogout atau artritis reumatoid.


***LEWATKAN OA menerusi ubah cara hidup yang sihat

>> KEKAL AKTIF dan bersenam membantu mengekalkan pergerakan sendi dan keseluruhan

>> Diet seimbang dan sihat
>> Rehat secukupnya
>>BERAT BADAN ideal


sumber Berita Harian, 3 Januari 2013

No comments:

Post a Comment