Welcome

"Selamat Datang & Terima Kasih mengunjungi Blog Ibu aatif". Berkongsi tentang penyusuan susu ibu, kesihatan, kecantikan dengan supplement semulajadi
SHAKLEE.Semoga memberi banyak manfaat kepada semua.

Shaklee Independent Distributor di Bukit Beruang, Ayer Keroh,Durian Tunggal & Melaka, penghantaran pos seluruh Malaysia
// Musliha Yusoff // Id 866752 // 0136334183//musliha_aatif_shaiful@yahoo.com//


01/01/2013

ARTRITIS IDIOPATIK JUVANA (JIA)
========================

Alhamdulillah berlabuh sudah tahun 2012, bermula lah tahun 2013 dan semoga azam tahun baru kita semua akan tercapai hendakNya.Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu penyakit yang mana ramai orang tidak tahu akan kewujudannya termasuk diri saya sendiri (sehingga lah terbaca satu artikel dalam suratkhabar hujung minggu baru baru ini)

Artritis bukan lah penyakit yang asing bagi kita orang malaysia..Sering kita dengar berkenaan penyakit Artritis atau Radang Sendi atau penyakit sendi yang  menyerang  golongan dewasa berunur 16 tahun dan ke atas..Masih ramai yang tidak menyedari akan kewujudan penyakit Artritis Idiopatik Juvana iaitu penyakit sendi yang menyerang kanak kanak, ia tidak memilih bangsa, latar belakang dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja daripada lahir sehingga berumur 16 tahun

Kata Perundi Reumatologi Pediatrik Hospital Selayang, Dr Tan Swee Ping, 
"JIA bukan disebabkan jangkitan kuman, tersalah makan, kecederaan, perubahan cuaca tau apa apa yang terjadi semasa kehamilan.Tiada siapa tahu puncanya tetapi JIA penyakit disebbakan kecelaruan sistem imun atau autoimun yang tidak dapat membezakan antara benda asing atu tisu badan dan menjadi aktif untuk menyerang diri sendiri"

JIA ada beberapa jenis iaitu sistemik, oligoartritis atau poliartritis- bergantung kepada jumlah sendi yang diserang tetapi semua mempunyai gejala yang sama iaitu:
  • Sendi Bengkak
  • Sendi terasa tegang dan sakit terutama pada waktu pagi selepas bangun daripada tidur.MAsalah yang sama turut berlaku apabila bangun dari tidur pada waktu petang yang menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk meninggalkan tempat tidur.
  • Sukar tidur
  • Mengalami kesukaran berjalan (samada berjalan berdengkot dengkot atau terlalu perlahan)
  • Demam 
  • Ruam
Pada bayi gejala ini ditunjukkan dengan menangis dan enggan menggerakkan anggota yang sakit, mengasingkan diri, tidak mahu bergaul dengan orang lain, cepat meragam, kelihatan sedih dan mungkin mengalami demma yang berpanjangan.

JIA biasanya sukar dikesan kerana kanak kanak tidak boleh atau tidak pandai menceritakan kesakitan.Pada kanak kanak keradangan sendi boleh menjejaskan saiz dan panjang tulang pada anggota terbabit kerana tulang mereka masih lembut dan masih dalam proses pembentukan.Ini menyebbakan ada sesetengah penyakit mempunyai kaki yang tidak sama panjang.Secara umumnya JIa mula menyerang pada umur 2 tahun dan kanak kanak perempuan mempunyai risiko 4 kali lebih tinggi berbanding kanak kanak lelaki. 

Sehingga Kini tiada kaedah yang boleh menentukan tempoh seseorang pesakit menghidap JIA.Tiada 
kepastian adakah seseorang itu akan sembuh kerana semuanya bergantung kepada keadaan penyakit sama ada senang dikawal dan tindak balas pesakit terhadap ubat.Namun peluang sembuh memang ada.Dianggarkan 60% pesakit boleh sembuh apabila memasuki umur dewasa manakala 40 % lagi terus mengalami keradangan sepanjang hayat.
Dalam kumpulan 40% ini artritis boleh menjadi aktif apabila mereka dewasa dan mengalami kesukaran melakukan tugas harian terutama jika ada sendi rosak .Kerosakkan sendi berlaku tanpa disedari dan mengambil masa.Ia mungkin dianggap kecil ketika pesakit masih muda tetapi menjadi lebih teruk dan jelas apabila dewasa kelak

Antara kesan yang dihadapi sekiranya pesakit tidak mengambil sebarang ubat:
1.Kesakitan ,kronik yang berualang ulang dan memberi kesan negatif jangka masa panjang kepada pesakit.
2.Fungsi fizikal terhad :menghadapi masalah pergerakan tangan dan jari yang terhad, mengambil masa yang lama untuk melaksanakan sesuatu tugas
3.Kecacatan fizikal: sendi menjadi lemah, tidak stabil dan cacat
4.Memberi kesan kepada pertumbuhan kanak kanak secara keseluruhannya
5.Kesan pada mata: berisiko mengalami keradangan iris dan badan silari pada mata
6,Kesan psikologi : ramai yang mengalami kemurungan, rasa rendah diri , tidak yaki, sedih dan malu untuk
 bergaul dengan kanak kanak lain

** Pesakit juga diberikan vitamin seperti Zat Besi (untuk menambah darah), Kalsium dan Vitamin D (untukmenguatkan tulang) serta asid folik bagi mengurangkan kesan sampingan.

Sumber:Metro Disember 2012

Semoga apa yang dikongsikan mendapat manfaat bersama terutama bagi ibubapa yang mempunyai anak anak.Kenali tanda-tanda yang ditunjukkan oleh anak,anak.

Hopefully sihat sokmo tahun 2013,,Aminn

With Love,
Ibu Aatif.

No comments:

Post a Comment