Welcome

"Selamat Datang & Terima Kasih mengunjungi Blog Ibu aatif". Berkongsi tentang penyusuan susu ibu, kesihatan, kecantikan dengan supplement semulajadi
SHAKLEE.Semoga memberi banyak manfaat kepada semua.

Shaklee Independent Distributor di Bukit Beruang, Ayer Keroh,Durian Tunggal & Melaka, penghantaran pos seluruh Malaysia
// Musliha Yusoff // Id 866752 // 0136334183//musliha_aatif_shaiful@yahoo.com//


31/12/2012

AIR KUNCI AWET MUDA
***************************
Topik yang agak menarik untuk saya kongsikan iaitu mengenai AIR..AIR KUNCI AWET MUDAA!!! Wahh mesti kena  banyak minum air kalau hendak jadi awet muda..tak gituu heheheh.Tidak termasuk air kopi, jus oren, air milo & mocha latte (emmm ni paling sedap..terasa nak minum pulak (^_^)..Apa yang dimaksudkan dengan air kunci awet muda JOMM baca dibawah:::

" Manusia berasal dari Air, Seperti Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran Surah Al-Insan :2 " Sesungguhnya kami menciptakan manusia daripada setitis 'air' mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat"

Semakin manusia tua maka kandungan air dalam dalam tubuh semakin berkurangan. Ketika bayi, kandungan air sehingga 75% dan semakin dewasa kandungan air menurun kepada 57% daripada berat tubuh manusia. Bagi seseorang yang mengalami masalah kegemukan, kandungan iar berkurang sehingga 45%. Air adalah kunci kepada kesihatan yang baik dan untuk awet muda.    

Persoalan yang selalu ditanya, apakah air yang baik untuk kesihatan?? Dalam satu hadis Nabi Muhammad S.A.W sabdanya " Sebaik baik air di muka bumi ini adalah air zam zam, terdapat di dalamnya zat makanan dan penyembuh bagi segala penyakit" . 

Dari segi Sains, air zam zam mengandungi kandungan mineral dengan nisbah yang tepat dan sangat baik untuk kesihatan.Dengan mengambil kira faktor ini, maka air yang baik untuk kesihatan adalah air mineral asli.

Untuk sumber mineral terbaik kepada tubuh manusia, maka mineral daripada sumber air adalah sumber terbaik. Garam mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, natrium, zink dan sebagainya amat penting untuk fungsi metabolisme tubuh manusia yang normal.   


<<FAKTA MENGENAI AIR TIDAK SIHAT>>     

1.Air Berkarbonat : Kandungan gula sangat tinggi, berasid dan boleh menyebabkan penyakit seperti kencing manis, kegemukan.

2. Minuman  'Bertenaga' : Kandungan glukosa dan 'kafein' yang tinggi

3. Jus buah buahan : Minum terlalu banyak jus buah buahan; kandungan gula yang tinggi tanpa kebaikkan serat yang terdapat dalam buah.



<<KESIMPULAN>>



** Minumlah air paip yang ditapis dengan pelbagai alat penapisan air dipasaran sekarang.
** Minum air penapis dengan osmosis berbalik adalah tidak digalakkan untuk jangka masa panjang kerana tidak mengandungi sebarang garam mineral didalamnya
** Air minuman harian seperti kopi dan teh adalah amat baik jika diambil secara sederhana dan tidak berlebihan.
** Minumlah air kosong sekurang kurangnya 8 gelas sehari dan pilihlah air bermineral untuk kesihatan yang baik dan untuk awet muda.In Sha Allah.

sumber : Metro, 31 Disember 12.


Pilihan terbaik ditangan anda!! Tepuk dada tanya selera ^_^


With Love,
Ibu_aatif







No comments:

Post a Comment